Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

insurans perubatan

Boleh dikatakan selepas saja tamat pembelajaran kita dari kolej atau universiti, kita akan melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Masa inilah kita perlu hidup secara lebih berdikari lagi dengan mencari kerja, tempat tinggal dan ramai juga memilih untuk berumah tangga.

Tapi dalam kesibukan itu, sebenarnya ada satu aspek yang selalu dilupakan iaitu merancang masa depan yang stabil dari segi kewangan dan kesihatan. Di situlah datangnya keperluan insurans sebagai perlindungan di masa sulit dan tak dijangka. Malangnya, data mendapati majoriti masyarakat Malaysia tak memiliki perlindungan insurans.

Imej dari Sinar Harian.

Apatah lagi di kalangan orang muda yang mungkin merasakan insurans sebagai perbelanjaan yang tak diperlukan dan akan memakan sebahagian daripada gaji mereka. Lebih-lebih lagi pasal insuran perubatan, yang mana golongan muda rasa tak perlu sebab mereka masih sihat dan cergas.

Namun sebenarnya tanggapan tu salah! Ini antara faktor-faktor kenapa graduan baru perlu ada insurans perubatan…

Makin meningkat usia, makin tinggi risiko

1. Lebih murah kalau ambil dari awal 

Kalau korang nak tahu, sebenarnya pelan dan pakej insurans berbeza mengikut umur. Sebabnya, di usia muda seseorang tu mempunyai risiko kesihatan yang rendah dan tahap kesihatan yang baik.

Makanya, premium yang dibayar juga lebih murah berbanding dengan mereka yang lebih berusia. Kalau korang ambil insurans pada lewat usia, masa tu risiko kesihatan korang tinggi dan itu akan diambil kira dalam jumlah premium yang perlu dibayar. Jadi, ambillah insurans seawal usia 20-an dan bukannya 30-an.

Imej dari Loanstreet.

2. Perlindungan kewangan yang lebih baik

Untuk golongan muda, di usia itulah komitmen kehidupan bermula seperti membayar bulanan kereta/motosikal, rumah, membantu ibu bapa atau adik beradik yang masih bersekolah.

BACA  Apa kelebihan EV berbanding kenderaan konvensional? Ini fakta-fakta yang korang kena tahu

Jadi, dengan adanya insurans perubatan – korang akan menerima perlindungan kewangan yang lebih baik kerana ia dapat mengurangkan tekanan kewangan jika menghadapi perbelanjaan perubatan yang besar.

3. Proses tuntutan insurans lebih mudah jika diambil lebih awal

Sebenarnya, setiap pelan insurans perubatan ada tempoh menunggu yang ditetapkan dan selalunya sehingga 90 hari dari hari pembelian insurans.

Malah, ada juga yang mungkin sehingga dua tahun bagi kes-kes yang melibatkan penyakit kritikal seperti jantung, buah pinggang, paru-paru dan sebagainya. Oleh itu, kalau korang ambil insurans lebih awal, ia akan memudahkan proses tuntutan di masa akan datang.

4. Akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih selesa

Seperti mana yang korang tahu, kesesakan di hospital-hospital awam bukan lagi rahsia dalam kalangan masyarakat. Banyak aduan dan rungutan yang kita boleh baca serta lihat di media sosial. Akan tetapi, dengan insurans perubatan – korang boleh dirawat di hospital swasta yang lebih selesa dari segi penginapan dan penjimatan masa.

Isu sesesakan di hospital Kerajaan masih menjadi rungutan sehingga kini. Imej dari Utusan Malaysia.

5. Pencegahan awal dan hati lebih tenteram

Pada masa sekarang ni, kebanyakan penyakit berpunca daripada gaya hidup. Sebagai contoh, pada tahun 2025 nanti, dianggarkan sekitar 7 juta rakyat dewasa negara ini akan menghidap diabetes. Lebih membimbangkan, peningkatan itu turut berlaku di kalangan golongan muda.

Itu belum lagi berkenaan dengan penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang dan sebagainya. Justeru dengan insurans perubatan, ia membolehkan graduan baru menerima rawatan awal dan pencegahan penyakit. Fikiran juga lebih tenteram sebab tahu korang dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka dari segi kesihatan.

Imej dari Utusan Malaysia.

Tapi, sekarang ni ada ke insurans perubatan yang sesuai untuk golongan muda dan menawarkan banyak manfaat? Jawapannya ada, ia tak lain dan tak bukan adalah…

BACA  Lebih jimat dari kenderaan petrol? Masa depan Industri EV di Malaysia

Pelan semua dalam satu HealthInsured dari Allianz Life!

Bagi korang yang masih tercari-cari pelan terbaik yang menawarkan banyak perlindungan dalam satu pelan, HealthInsured dari Allianz Life adalah jawapannya.

Sebab, pelan ni datang dengan had tahunan daripada sehingga RM5 juta dan Tanpa Had Sepanjang Hayat Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit)! Maksudnya, korang boleh buat tuntutan seberapa kali yang korang perlu selagi mana tuntutan korang tak melebihi had tahunan.

Sesuai dengan konsepnya sebagai insurans perubatan, pelan ini menyediakan manfaat penghospitalan dan pembedahan seperti bilik hospital, bayaran pembedahan, bayaran pakar bius, bayaran bilik bedah, lawatan pakar perubatan dalam hospital, pemindahan organ dan pelbagai lagi.

Selain itu, pelan ini juga datang dengan Allianz Care@Home yang membolehkan korang mendapatkan rawatan perubatan dari rumah saja untuk penyakit tertentu. Dengan itu, satu pasukan perubatan profesional akan dihantar ke rumah untuk memantau dan merawat korang di rumah.

Untuk penyakit kanser, pelan ini memberikan perlindungan yang lebih luas – termasuk ujian genomik yang boleh meramal kadar pertubuhan kanser dan jenis rawatan paling sesuai untuknya.

Lebih menarik, HealthInsured sebenarnya ada manfaat tambahan yang dikenali sebagai Pendapat Perubatan Kedua Antarabangsa. Manfaat ini pada asasnya membolehkan korang mendapat penilaian bebas dari pakar perubatan antarabangsa.

Sebenarnya, banyak lagi manfaat-manfaat yang disediakan di bawah HealthInsured dari Allianz Life ni. Kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut, boleh terus saja berhubung dengan ejen sah Allianz atau ke laman web rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *