Selama ini, strok atau angin ahmar sering dikaitkan dengan warga emas. Namun begitu, menurut Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM), strok dalam kalangan golongan muda kini semakin meningkat.
Malah, Pakar Perunding Neurologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr. Kok Chin Yong dilaporkan berkata, pada 2016, 40% kes strok yang memerlukan kemasukan ke hospital adalah melibatkan pesakit berusia 60 tahun ke bawah.
Fenomena ini sudah tentu amat membimbangkan kerana strok bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, tetapi juga menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalaminya. Oleh itu, amat penting untuk generasi muda memahami punca, tanda-tanda awal, dan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko strok.
Apa itu strok dan jenis-jenisnya?

Pada asasnya, strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak terganggu atau berkurangan, sehingga menghalang tisu otak daripada mendapat oksigen dan nutrien yang diperlukan. Apabila perkara itu berlaku, sel-sel di bahagian otak yang terjejas akan mula mati.
Kita juga perlu tahu terdapat dua jenis strok iaitu:
- Strok iskemia: Ia berlaku apabila darah beku menyekat atau menyempitkan arteri yang menuju ke otak, mengurangkan aliran darah dan bekalan oksigen ke tisu otak.
- Strok hemoragik: Ia berlaku apabila arteri dalam otak koyak atau pecah menyebabkan pendarahan di dalam atau di sekeliling otak.
Fahami punca-punca utama strok
Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada serangan strok, antaranya adalah:
1. Gaya hidup tidak sihat
Makanan segera yang tinggi garam, gula, dan lemak trans menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, khususnya orang muda. Mengambil makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes, yang merupakan faktor utama strok.
2. Tahap stres yang tinggi
Tekanan kerja, masalah kewangan dan gaya hidup yang sibuk boleh menyebabkan ramai golongan muda mengalami stres berlebihan. Stres kronik boleh meningkatkan tekanan darah dan menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya membawa kepada strok.

3. Penggunaan rokok dan vape
Pada masa kini, ramai golongan muda terjebak dengan tabiat merokok dan vaping. Nikotin dan bahan kimia berbahaya dalam rokok boleh merosakkan saluran darah serta meningkatkan risiko pembekuan darah yang boleh mencetuskan strok.
4. Penyakit tidak diketahui
Ramai juga golongan muda yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Penyakit seperti hipertensi dan diabetes selalunya tidak menunjukkan simptom awal tetapi boleh meningkatkan risiko strok jika tidak dikawal dengan baik.
Peka dengan tanda-tanda amaran strok!
Kebiasaanya, sebelum serangan strok – terdapat tanda-tanda atau simptom-simptom awal yang akan dialami. Oleh itu, antara cara untuk mengenalpasti adalah dengan menggunakan kaedah BE FAST iaitu:
- Balance (Keseimbangan) – Hilang keseimbangan secara tiba-tiba atau rasa pening yang melampau;
- Eyes (Mata) – Penglihatan menjadi kabur atau berganda;
- Face (Muka) – Bahagian muka kelihatan senget atau tidak simetri;
- Arms (Tangan) – Salah satu tangan menjadi lemah atau sukar diangkat;
- Speech (Pertuturan) – Percakapan menjadi tidak jelas atau sukar difahami;
- Time (Masa) – Jika mengalami tanda-tanda ini, segera dapatkan bantuan perubatan.

Melalui kaedah ini, ia akan membantu memudahkan pengesanan gejala strok lebih awal dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Cara mencegah strok di usia muda
Walaupun strok boleh berlaku secara tiba-tiba, langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan risikonya:
1. Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan makanan berproses dan tinggi garam. Lebihkan makanan semula jadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein sihat seperti ikan dan kekacang.
2. Kekal aktif secara fizikal
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, atau berenang dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko strok.
3. Urus stres dengan baik
Teknik pernafasan, meditasi, atau menghabiskan masa dengan hobi boleh membantu mengurangkan stres. Tidur yang mencukupi juga penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
4. Berhenti merokok dan vaping
Berhenti merokok adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan jantung, paru-paru dan mengurangkan risiko strok. Berhenti vaping kerana bahan kimia di dalamnya juga boleh memberi kesan negatif kepada saluran darah.
5. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Jangan tunggu sehingga sakit baru nak jumpa doktor. Pemeriksaan berkala boleh mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes pada peringkat awal supaya rawatan boleh dimulakan lebih awal.

Tapi, kalau dah disahkan bahawa korang diserang strok, sudah pasti korang perlu mendapatkan rawatan yang sebaiknya dari awal hingga pemulihan. Namun, ia juga datang dengan kos tertentu yang mungkin sukar ditanggung secara tiba-tiba.
Oleh itu, mendapatkan perlindungan insurans adalah antara jalan terbaik bagi berdepan dengan keadaan tidak dijangka ini. Perlindungan itu sudah semestinya lebih lengkap dengan…
Lindungi diri daripada pelbagai jenis penyakit kritikal dengan Allianz Prime Care+!
Bagi melindungi korang daripada lebih 150 penyakit kritikal, termasuk strok – Allianz Life telah memperkenalkan sebuah pelan perlindungan yang dikenali sebagai Allianz Prime Care+. Melaluinya, korang akan dilindungi jika menghidap penyakit seperti serangan jantung, parkinson dan strok dari peringkat awal, pertengahan dan akhir.
Sekiranya, korang diagnosis dengan enam penyakit katastropik iaitu kanser dengan metastasis, serangan jantung yang meluas, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan – korang layak menerima manfaat tambahan sebanyak 20% daripada Amaun Diinsuranskan.

Tak cukup dengan itu, pelan ini juga menyediakan manfaat pemulihan diabetes dan kanser. Bagi penghidap diabetes, manfaat pemulihan meliputi empat komplikasi utama iaitu amputasi, kegagalan buah pinggang, retinopati, dan koma diabetik.
Manakala, bagi kanser – bayaran tambahan akan diberikan untuk penyakit ini bagi peringkat awal, pertengahan atau akhir. Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak 10.5% daripada Amaun yang diinsuranskan bagi peringkat awal dan 35% daripada amaun yang diinsuranskan bagi peringkat pertengahan atau akhir.

Bagi memastikan korang sediakan payung, sebelum hujan, Allianz Prime Care+ adalah pilihan terbaik. Oleh itu, bagi yang berminat, korang boleh terus hubungi wakil-wakil sah Allianz (SEMAK SINI) atau layari laman web rasminya – DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.