Banjir dan kebakaran adalah antara bencana yang cukup membimbangkan kepada pemilik perniagaan. Lebih-lebih lagi kesannya terhadap perniagaan kecil yang boleh menjadi sangat membebankan.
Berbanding dengan syarikat besar yang mempunyai dana simpanan dan perlindungan kewangan yang kukuh, perniagaan kecil sering kali menghadapi cabaran besar dalam usaha pemulihan.

Oleh yang demikian, artikel Ringgitku kali ini akan mengupas secara mendalam kesan banjir dan kebakaran terhadap perniagaan serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan impaknya.
Kesan Secara Langsung dan Tidak Langsung Kepada Perniagaan
Apabila terjadinya bencana ini, ia akan memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara kesan langsungnya yang utama adalah kerosakan harta benda.
Ini kerana, banjir akan menyebabkan kerosakan besar kepada premis perniagaan, perabot, mesin dan sistem elektrik. Air yang bertakung boleh merosakkan struktur bangunan serta menyebabkan masalah seperti pertumbuhan kulat.
Kebakaran pula boleh memusnahkan premis dan aset perniagaan dalam sekelip mata, dan meninggalkan pemilik dalam keadaan tanpa sebarang sumber pendapatan sementara. Sebagai contoh, sebuah kedai pakaian yang mengalami kebakaran mungkin kehilangan keseluruhan stok dan perlu mengeluarkan kos tinggi untuk membina semula premis dan membeli barangan baharu.

Bencana ini juga akan secara langsung mengganggu operasi perniagaan dengan memaksa perniagaan ditutup buat sementara waktu. Ia sekali gus menyebabkan kehilangan pendapatan harian.
Perniagaan kecil yang bergantung kepada aliran tunai harian mungkin tidak dapat bertahan jika operasi terhenti untuk tempoh yang lama.
Bercakap soal kesan secara tidak langsung pula, isu pertama yang akan berbangkit adalah kehilangan pelanggan. Sekiranya perniagaan tidak dapat beroperasi dalam tempoh yang lama, pelanggan mungkin beralih kepada pesaing.
Bagi mendapatkan kembali kepercayaan pelanggan, pemilik mungkin perlu mengeluarkan kos tambahan untuk promosi dan pemasaran.
Jika pembekal perniagaan turut terjejas akibat banjir atau kebakaran, proses mendapatkan stok boleh menjadi lebih sukar dan mahal. Kos penghantaran mungkin meningkat jika laluan utama rosak akibat bencana.
Reputasi perniagaan turut boleh terjejas kerana ketidakmampuan perniagaan untuk memenuhi tempahan atau memberikan perkhidmatan dalam tempoh tertentu. Misalnya, ulasan negatif daripada pelanggan yang tidak puas hati boleh memberi impak jangka panjang terhadap perniagaan.
Kesan Jangka Panjang Perniagaan
Jika tadi kita berbincang soal kesan langsung dan tidak langsung, kali ni kita nak berbincang pula tentang kesan jangka panjang terhadap perniagaan. Antara isu yang mungkin terjadi adalah:
1. Beban hutang
Hal ini selalu terjadi kerana pemilik perniagaan terpaksa mengambil pinjaman bagi menampung kos pemulihan. Ia sekaligus meningkatkan beban kewangan dalam jangka panjang.
2. Risiko penutupan perniagaan
Jika kerugian yang dialami terlalu besar dan pemilik pula tiada persiapan yang mencukupi – risiko penutupan perniagaan semakin meningkat. Selain itu, kesukaran mendapatkan semula pekerja yang mungkin telah berpindah ke syarikat lain atau industri berbeza turut menjadi cabaran besar.
Perniagaan yang tidak mempunyai strategi pemulihan atau sandaran operasi yang baik mungkin tidak dapat bertahan dalam persaingan selepas tempoh pemulihan.

3. Kesan terhadap kesihatan mental dan tekanan
Pemilik perniagaan boleh mengalami tekanan yang tinggi akibat kehilangan sumber pendapatan dan ketidakpastian masa depan. Ini krerana, keperluan untuk membina semula perniagaan dengan sumber kewangan terhad boleh menyebabkan keletihan mental dan fizikal, yang akhirnya boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk membuat keputusan yang rasional.
Jadinya, adalah baik bagi setiap pemilik perniagaan untuk mengambil langkah awal dan persediaan dalam menghadapi kejadian tidak dijangka seperti bencana.
Langkah-Langkah Bagi Mengurangkan Risiko Kewangan
Antara langkah-langkah persediaan yang boleh dibuat oleh para pemilik perniagaan dalam perkara ini adalah:
1. Menyediakan dana kecemasan
Setiap pemilik perniagaan wajib mempunyai dana kecemasam. Caranya dengan menyimpan sebahagian keuntungan dalam dana kecemasan untuk menghadapi sebarang kemungkinan tak dijangka. Dana ini boleh membantu menampung perbelanjaan segera tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada pinjaman.
2. Membangunkan pelan kecemasan
Penyediaan pelan pemulihan bencana hendaklah merangkumi prosedur keselamatan, perlindungan aset dan strategi komunikasi dengan pelanggan. Pemilik juga perlu memastikan, semua pekerja memahami prosedur kecemasan bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda.
3. Memanfaatkan teknologi dan pendigitalan
Dengan kemudahan pada hari ini, pemilik seharusnya menyimpan rekod kewangan dan dokumen penting secara digital supaya ia tidak musnah akibat bencana. Selain itu, menggunakan platform dalam talian turut membantu pernigaan untuk terus beroperasi, sekiranya premis fizikal terjejas.

4. Manfaatkan bantuan kerajaan
Apabila berlakunya bencana, pihak Kerajaan akan menyediakan bantuan khusus kepada para peniaga yang terjejas. Makanya, ambil peluang untuk mendapatkan bantuan – bantuan ini bagi mengurangkan kos kerugian.
5. Dapatkan perlindungan insurans
Setiap pemilik perniagaan perlu mengambilan perlindungan insurans yang sesuai bagi mengurangkan risiko kewangan akibat bencana. Dengan adanya perlindungan insurans, ia sedikit sebanyak membuatkan jiwa lebih tenang dalam menghadapi sebarang risiko tak dijangka.
Malah, sekarang ni dah ada perlindungan terbaik bagi melindungi perniagaan korang dalam menghadapi pelbagai risiko, khususnya banjir dan kebakaran. Ia adalah…
Allianz Business Shield Perlindungan Terbaik Menguruskan Risiko Perniagaan!
Kepada yang masih tercari-cari perlindungan untuk perniagaan, Allianz Business Shield adalah pilihan terbaik untuk menguruskan risiko, mengurangkan ketidakpastian, dan menjamin masa depan kewangan tanpa mengira saiz perniagaan!
Sebabnya, pelan ini direka khusus untuk melindungi perniagaan korang daripada pelbagai jenis ancaman seperti banjir, kebakaran, ribut, gempa bumi, pecah masuk dan bermacam lagi.
Bagi perniagaan kecil dan sederhana (PKS), korang digalakkan untuk mengambil Inconvenience Relief Benefit (IRB). Ini kerana, hanya dengan sedikit premium tambahan, ia akan melindungi perniagaan sekiranya terdapat kerugian lebih daripada 15% daripada Jumlah Bangunan Yang Diinsuranskan, atau korang tidak dibenarkan untuk menggunakan premis perniagaan anda lebih 72 jam berikutan kerugian akibat Peril Yang Diinsuranskan.

Malah, dengan tambahan premium yang kecil, korang boleh menambah manfaat Perlindungan Perubatan Kemalangan Diri Berkelompok yang boleh menjamin kebajikan kakitangan korang sekiranya berlaku kecederaan/kematian akibat kemalangan.

Berasingan dengan Allianz Business Shield, terdapat pilihan Allianz Hospital Income (AHI) yang menyediakan perlindungan terhadap kakitangan korang. Dengannya, korang akan ada pelan perubatan yang membayar elaun harian sehingga 60 hari apabila kakitangan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, kesakitan atau penyakit.
Dengan itu, kakitangan korang tidak perlu risau tentang keadaan kewangan semasa dimasukkan ke dalam hospital dan kebajikan mereka pun terjaga.
Jadinya, kepada korang yang memiliki perniagaan itu – tak salah untuk “Sediakan Payung, Sebelum Hujan” dengan Allianz Business Shield! Korang boleh terus hubungi wakil-wakil Allianz Malaysia yang sah (DI SINI) atau layari laman web rasmi Allianz Malaysia (DI PAUTAN INI).
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.