Dengan begitu rencamnya masyarakat di dunia ini, perayaan adalah cara terbaik untuk mengenali budaya dan tradisi sesebuah negara dan bangsa. Apatah lagi dengan pelbagai festival unik di dunia.
Jika korang adalah seorang yang mahukan pengalaman baru dan mencari perbezaan ketika melancong, ini adalah 5 festival luar biasa yang patut ada dalam senarai perjalanan korang.
5 Festival Pelik yang Ada di Dunia
1. La Tomatina – Sepanyol

Diadakan setiap tahun di bandar Buñol, Sepanyol, La Tomatina adalah pertarungan makanan (fight food) terbesar di dunia. Pada hari Rabu terakhir bulan Ogos, ribuan peserta akan berkumpul di bandar itu dengan tujuan nak baling tomato antara satu sama lain!
Sejarah festival ini bermula pada tahun 1945 apabila pergaduhan tomato secara spontan berlaku dalam satu perarakan tempatan. Sejak itu, ia dah menjadi acara antarabangsa yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
Acara ini dimulakan dengan “palo jabón,” di mana peserta cuba memanjat tiang yang dilumurkan dengan minyak untuk mendapatkan ham di bahagian atas. Sebaik sahaja ham berjaya dicapai, trak yang penuh dengan tomato tiba, dan pertempuran pun bermula.

Peraturannya mudah saja: lenyekkan tomato sebelum baling, elakkan merosakkan pakaian orang lain, dan berhenti apabila isyarat diberikan. Selepas satu jam, jalan-jalan akan dipenuhi dengan warna merah tomato. Itulah keunikan yang ada di Buñol, Sepanyol ini.
2. Pertempuran Oren – Itali

Kalau korang rasa La Tomatina dah cukup menarik, Pertempuran Oren di Ivrea, Itali pula adalah pertempuran makanan yang lebih hebat. Diadakan pada bulan Februari, festival ini dikatakan bersempena dengan pemberontakan bersejarah terhadap kezaliman. Menurut legenda, seorang gadis telah memimpin pemberontakan menentang seorang penguasa yang zalim pada abad ke-12 di Ivrea.
Pada hari ini, pertempuran ini diteruskan dengan ribuan peserta yang dibahagikan kepada pasukan, membaling oren antara satu sama lain di dataran utama bandar.

“Pertempuran” ini berlangsung selama tiga hari dan menguji ketahanan peserta dengan balingan oren. Peserta akan memakai peralatan pelindung, dan mereka yang ingin menonton sahaja boleh memakai topi merah sebagai tanda berkecuali. Acara ini berakhir dengan pembakaran simbolik pancang kayu yang mewakili pembebasan bandar.
Kepada yang nak merasai festival pelik ni, boleh la tempah tiket ke Itali!
3. Up Helly Aa – Scotland

Kepada korang yang meminati sejarah Viking, Up Helly Aa di Scotland adalah pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Diadakan pada hari Selasa terakhir bulan Januari di Kepulauan Shetland – festival ini adalah tanda penghormatan besar kepada warisan Viking di rantau itu.
Kemuncak acara ini adalah dengan perarakan obor oleh ribuan manusia berkostum “Viking” di sekitar bandar. Mereka akhirnya akan membakar kapal panjang Viking.
Menurut sejarah, asal-usul festival ini bermula pada abad ke-19 sebagai cara untuk meraikan berakhirnya musim Yule (salah satu perayaan solstis musim sejuk tertua). Sejak itu, ia mula berkembang menjadi acara besar dengan kostum, lagu tradisional dan perayaan yang berlangsung sampai larut malam.
4. Krampusnacht – Austria

Selalunya, pada bulan Disember kita dimeriahkan dengan sambutan Hari Krimas. Berbeza dengan Krismas, Krampusnacht adalah festival tentang Krampus iaitu makhluk bertanduk menakutkan dari cerita rakyat yang menghukum kanak-kanak nakal.
Disambut pada 5 Disember setiap tahun, bandar dan pekan di seluruh Austria, akan menyaksikan orang ramai memakai kostum Krampus. Walaupun, ia mungkin agak menakutkan bagi sesetengah orang, ia adalah sebuah acara unik bagi mendalami tradisi Krismas Eropah.
Nak merasai suasana dikacau Krampus? Pergilah ke Austria pada Disember nanti!
5. Festival Lumpur Boryeong – Korea Selatan

Kepada yang suka menonton drama Korea atau meminati K-Pop, sebenarnya ada pelbagai lagi keunikan yang ada di Korea Selatan. Antaranya adalah Festival Lumpur Boryeong yang diadakan pada bulan Julai di bandar pantai Boryeong setiap tahun.
Festival ini melibatkan pelbagai aktiviti lumpur, seperti gusti lumpur, gelongsor lumpur, maraton lumpur dan banyak lagi! Ia adalah acara yang cukup terkenal sehingga menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. Satu lagi info, lumpur di sana dikatakan kaya dengan mineral dan dipercayai mempunyai khasiat terapi.
Kepada korang yang nak merasai pengalaman-pengalaman unik ini, bolehlah mula merancang perjalanan percutian lebih awal. Tapi, pastikan juga yang korang…
Lindungi Diri dan Keluarga Dengan Insurans Perjalanan Allianz!
Dengan perlindungan Insurans Perjalanan Allianz – ia akan membuatkan percutian korang lebih terjamin dan selamat dari mula perjalanan sehingga pulang. Antara manfaat-manfaat yang disediakan di bawah perlindungan ini adalah manfaat sehingga RM25,000 sekiranya berlaku Pembatalan Deposit atau Perjalanan.
Kelewatan perjalanan juga sering kali menjadi isu yang kita selalu dengar berlaku. Prihatin dengan hal itu, perlindungan ini menyediakan pampasan RM300 setiap 6 jam sehingga RM2,000! Kalau perjalanan korang terganggu akibat kelewatan bagasi pula, perlindungan menyediakan manfaat RM200 setiap 6 jam sehingga RM800.
Untuk kes terlepas perjalanan, pampasan disediakan sehingga RM2,000. Manakala, bagi kehilangan dokumen-dokumen perjalanan seperti pasport dan visa, korang boleh menerima manfaat sehingga RM5,000 bagi kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan komunikasi serta bayaran dokumen penggantian.

Walaupun kita selalu berharap percutian berjalan lancar tanpa sebarang musibah risiko tetap perlu diambil kira. Oleh itu, Insurans Perjalanan Allianz menyediakan perlindungan sehingga RM500,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Untuk mengurangkan beban waris, perlindungan ini juga menyediakan manfaaat dari RM5,000 hingga RM10,000 secara sekali gus bagi perbelanjaaan pengebumian. Sekiranya memerlukan rawatan, insurans ini menyediakan manfaat perbelanjaan perubatan sehingga RM350,000.
Pendapatan hospital sehingga RM350 setiap hari sehingga RM15,000 juga disediakan. Malah, perlindungan sehingga RM10,000,000 diberikan bagi manfaat-manfaat berikut:
- Pemindahan Perubatan Kecemasan;
- Repatriasi Rawatan Kecemasan;
- Repatriasi Jenazah.
Untuk pengetahuan korang semua, di bawah Insurans Perjalanan Allianz ini terdapat dua jenis pelan iaitu Allianz Travel Easy yang boleh dibeli secara atas talian (online) dan Allianz Travel Care yang boleh dibeli melalui ejen-ejen Allianz Malaysia.
Perbezaan antara kedua-dua pelan ini adalah amaun perlindungan yang disediakan. Kalau korang nak tahu lebih terperinci, korang layari saja laman web Allianz Malaysia di PAUTAN INI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.